Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim
atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis in! i
meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri.
Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti.
Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil
'barangnya' yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu,
bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya ,
saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itula! h cer ita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!
Nenek yang nazak
Seorang nenek nazak didatangi cucunya Mudhin, tiba2 nenek terketar2
dan meminta kertas dari Mudhin. Setelah menulis , diberikanya kepada Mudhin.
Selang seminggu kematian neneknya , Mudhin pun memberitahu ahli keluarga supaya berkumpul.
'Sebelum arwah meninggal ada ditinggalkan wasiatnya pada saya'.
Mudhin pun membaca surat yg berbunyi: 'Woit Mudhin, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas, nak kiok dah ni!!'
Kisah sedih lelaki sengau
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas 'Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? ' (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau
itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
'kenapa awak diam tadi? kesian dia...'
Pemandu itu pun menjawab: 'Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........'
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya
ejek dia pulak!!!)....
Jual Telur
Pembeli: 'Dik, telur sekilo berapa?'
Penjual: 'Telur ayam atau telur itik?'
Pembeli: 'Telur ayam.'
Penjual: 'Telur ayam biasa atau ayam kampung?'
Pembeli: 'Ayam biasa.'
Penjual: 'Yang tempatan atau yang import?'
Pembeli: 'Yang tempatan.'
Penjual: 'Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor atau Tampin?'
Pembeli: 'Yang Ipoh lah...' (Sambil terlihat kesal).
Penjual: 'Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?'
Pembeli: 'Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?'
Penjual: 'Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.